30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sekat portal berita, Geramm minta penjelasan SKMM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GERAKAN Media Merdeka (Geramm) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberikan penjelasan berhubung mekanisme sekatan yang dikenakan terhadap portal berita dalam talian.

Geramm menerusi kenyataan berkata, langkah tapisan (censorship) tidak seharusnya digunakan untuk menyekat sebarang bentuk berita, rencana atau pendapat.

“SKMM perlu mempunyai mekanisme yang jelas dalam mengambil sebarang langkah sekatan kandungan dalam talian, terutama apabila melibatkan portal-portal berita.

“Tindakan untuk memberi notis atau peringatan kepada pihak media berkaitan juga perlu dilakukan sebelum sekatan dikenakan,” katanya hari ini.

Media hari ini melaporkan UtusanTV menjadi portal terbaharu dikenakan sekatan yang menyebabkan portal itu tidak dapat dilayari sebahagian pengguna daripada syarikat telekomunikasi tertentu.

Advertisements

Hasil semakan mengesahkan sekatan dikenakan melalui kaedah DNS tampering yang menyebabkan portal tersebut tidak dapat dilayari.

Sekatan yang sama juga sebelum ini dikenakan terhadap portal MalaysiaNow, dan sehingga hari ini tidak ada penjelasan terbuka dari SKMM berhubung hal tersebut.

DNS tampering adalah cara biasa yang digunakan di negara ini untuk menapis kandungan dalam talian, termasuk pornografi, judi dalam talian dan kekerasan melampau.

Menurut Geramm, setakat ini dalam dua kejadian dilaporkan, pihak editorial berkaitan tidak diberikan sebarang pemberitahuan bahawa portal mereka telah disekat, atau alasan sekatan dibuat.

“Adalah agak pelik apabila SKMM sebaliknya bertindak untuk ‘menyiasat’ aduan yang dibuat oleh pengurusan media yang disekat, sedangkan perlu ada alasan jelas sebelum sekatan dibuat, dan tidak ada pihak berkuasa lain yang boleh mengambil tindakan sedemikian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan