27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jaheaik diarah jadi pencelah kes Nik Elin Zurina – Ahmad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Kelantan telah bertindak dan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menjadi pencelah dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid melawan kerajaan negeri di Mahkamah Persekutuan.  

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, arahan tersebut dikeluarkan pada 3 Ogos lalu demi menjaga pelaksanaan Undang-Undang Islam di negeri itu khususnya berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019.

Katanya, kerajaan negeri memandang berat isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

“Kes ini melibatkan cabaran kepada kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal Undang-Undang Jenayah Syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Pelembagaan Persekutuan.

“Ini memandangkan kes berkenaan akan memberikan kesan yang sangat besar terhadap kepentingan Islam, Undang-Undang Syariah dan kerajaan negeri secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Nik Elin Zurina bersama anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman baru-baru ini mengemukakan cabaran terhadap Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).

Mereka mendakwa 20 peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang turut meliputi kesalahan yang sama dan menggesa mahkamah mengisytiharkan peruntukan tersebut batal dan tidak sah.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri menyeru semua umat Islam termasuk tokoh-tokoh individu dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk memainkan peranan sewajarnya. 

“Semoga dengan langkah ini dapat membela dan mempertahankan Undang-Undang Syariah khususnya di Kelantan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan