Monday, June 15, 2026

Salahguna surat sokongan tandatangan KP Perak, 2 remaja ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PADAH menyalahgunakan surat sokongan yang ditandatangani Ketua Polis Perak, dua remaja warga Thailand ditahan kerana didapati melakukan perbuatan itu bagi tujuan kutipan derma.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian itu dikesan dalam satu pemeriksaan di hadapan sebuah bank di Gopeng sekitar jam 4.30 petang pada Ahad.

Menurutnya, ketika kejadian, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu sedang menjalankan aktiviti meminta sedekah tanpa kebenaran.

“Suspek didapati secara salah menggunakan surat sokongan yang ditandatangani Ketua Polis Perak dengan memegang tabung yang dilekatkan surat tersebut bagi tujuan meminta derma di sekitar kawasan Gopeng,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, dua remaja terbabit telah masuk ke negara dengan menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan sebuah pertubuhan kebajikan yang beralamat di Taman Ipoh.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati, pas lawatan milik seorang daripada yang ditahan telah tamat tempoh.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 3(3) Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan