26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Institusi kehakiman syariah terus dipertahan – Mohd. Na’im

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan terus mempertahankan institusi kehakiman syariah di negara ini dan akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri JPM (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah. 

Ujarnya, jawatankuasa itu telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“JPM memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia. 

“Dalam hal ini, JPM sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja pemerintah setiap negeri,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan hari ini mengenai kes ‘Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan’.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi kenyataan minggu lalu berkata, kes tersebut melibatkan cabaran kepada kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal peruntukan undang-undang syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, kes tersebut masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan dan sebarang komentar berkaitan kes itu diklasifikasikan sebagai sub-judice

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan badan perundangan negeri mempunyai kuasa menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah bagi kesalahan berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam. 

“Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja di setiap negeri sebelum dikuat kuasakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan