24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPLB, kerajaan negeri Kelantan capai kata sepakat

Mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat di wilayah KESEDAR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan kerajaan negeri Kelantan hari ini bersetuju untuk mempercepatkan proses pengambilan tanah bagi projek berkepentingan rakyat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengambilan tanah itu membabitkan projek dibawah agensi KPLB, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

“Saya bersama Datuk KSU dan juga Pengarah KPLB Negeri Kelantan dan Pengurus Besar KESEDAR membincangkan hal-hal berkaitan dengan kolaborasi kerjasama antara negeri dan Persekutuan yang melibatkan projek-projek khususnya di KESEDAR.

“Contohnya ada pengambilan tanah, projek itu adalah projek Persekutuan bawah KPLB, kerajaan negeri buat pengambilan tanah, jadi kita buat kolaborasi Task force,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pihaknya pun bersetuju untuk mempercepatkan proses projek seperti jururunding dan sebagainya diketuai oleh Datuk Ramlan Harun sebagai KSU dan di peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, jadi ini memudahkan urusan.

Selain itu jelas Mahdzir, perbincangan kedua-dua pihak turut merangkumi program-program pembangunan di wilayah KESEDAR.

“Kami juga berbincang untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit lama di dalam kawasan KESEDAR, sebab di KESEDAR ada tanah yang diusahakan untuk membangunkan peserta-peserta khususnya dalam tanaman kelapa sawit dan ada lagi kita sedang usahakan untuk kita buat ukuran tanah untuk membolehkan kita serahkan kepada peserta dalam masa jangka panjang,” katanya.

Di peringkat KPLB kata Mahdzir, pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini akan diperkemaskan sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai hari ini.

Beliau menetapkan sasaran dalam tempoh lima bulan untuk menggerakkan inisiatif yang dipersetujui tersebut.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan