26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

162 kes baharu Omicron dalam tempoh 3 hari – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 162 kes baharu varian membimbangkan (VOC) yang kesemunya varian Omicron dilaporkan daripada Ahad lalu sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 89 kes baharu manakala Fakulti Perubatan Universiti Malaya mengenal pasti 71 kes baharu.

Katanya, Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) pula mengenal pasti dua kes baharu.

“Kesemua kes ini merupakan varian Omicron. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang mempunyai kepentingan Varian (VOI) adalah sebanyak 7,056 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan, 7,036 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 6,188 kes varian Delta, 601 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Menurutnya, dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, ia dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

Katanya, dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi.

“Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. Bagi yang belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

“Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID -19. Bagi yang mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji itu demi melindungi diri anda dan orang tersayang,” katanya.

Sementara itu, katanya, jumlah kes harian pandemik COVID-19 hari ini merekodkan sebanyak 4,066 kes, meningkat lebih tinggi berbanding 3,214 kes yang dicatatkan semalam.

“Rekod tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,840,225 kes,” katanya. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan