28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia berkata, Perak meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) diikuti Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Selain itu, di Negeri Sembilan yang membabitkan dearah Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran yang sama turut dikeluarkan iaitu sehingga pukul 8 malam pula melibatkan Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Advertisements

“Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan