25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Mahiaddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mahiaddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Terdahulu, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik Mahiaddin, Perdana Menteri Kelapan itu sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, pihak Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini.

MPN ditubuhkan sewaktu Mahiaddin masih lagi menjawat jawatan Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak COVID-19 secara holistik.

Majlis tersebut turut disertai pakar daripada pelbagai bidang termasuk sektor kesihatan, ekonomi dan sosial antaranya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman; Tan Sri Azman Mokhtar; Datuk Michael Kang dan Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan