25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Stor ubat KKM musnah akibat tanah runtuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, Kota Kinabalu, malam semalam.

Memetik laporan Bernama, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam turut tertimbus dalam kejadian itu.

“Kejadian berlaku malam tadi, bagaimanapun JBPM Sabah hanya menerima laporan kejadian itu pada 11.19 pagi tadi… tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Tiada operasi yang dilakukan, hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

“Bomba telah menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung untuk mengarahkan penduduk mengosongkan rumah di kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah juga memasang sawar di kawasan kejadian sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian lebih teruk berlaku selain memastikan orang ramai tidak memasuki kawasan itu.

Baca juga:   Veveonah maafkan Zahidi, walaupun hatinya sangat kecewa

“Pihak bomba juga menyarankan agar polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh untuk mengetahui punca sebenar kejadian. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada 12.30 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Sheldon Elve Gungkit, 30, yang tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata, kejadian sebenarnya berlaku sekitar 6.30 petang semalam.

Baca juga:   Pelakon komedi Ng Man Tat tutup tirai buat selama-lamanya

“Pada mulanya tanah hanya runtuh sikit-sikit.. namun kira-kira 11 malam, saya dengar bunyi hentakan yang kuat, macam durian jatuh.

“Bila saya keluar, saya nampak tanah sudah runtuh dan rumah saya hampir terkena dalam kejadian tanah runtuh berkenaan, nasib baik tiada penduduk yang terlibat dan kami semua selamat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan