24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pakej Cuti Penjawat Awam, Pesara Kerajaan jadi tumpuan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKEJ Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan yang dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia 31 Oktober lalu antara yang menjadi tumpuan pengunjung sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sejak Khamis lalu.

Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Suzairy @ Mohd Riza Ibrahim berkata, sejak pakej berkenaan dilancarkan oleh Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri 31 Oktober lalu, sebanyak 1,425 pakej terjual dengan nilai harga melebihi RM 535,000.

Menurutnya, pakej berkenaan adalah membabitkan produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik, selain memberi peluang kepada penjawat awam atau persara kerajaan mendapat penjimatan sekurang-kurangnya 12 peratus dari perbelanjaan sebenar.

“Pakej ini sebenarnya telah bermula pada 3 September tahun lalu, dengan memfokoskan sekitar Lembah Klang sahaja sebelum diperluaskan ke Sabah. Kemudiannya, pakej ini telah diperluaskan lagi ke seluruh negara bagi memberi lebih banyak pilihan lagi kepada penjawat awam, pesara serta agen pelancongan bagi mempergiatkan lagi sektor pelancongan.

“Kita harap agar lebih ramai lagi penjawat awam dan pesara kerajaan dapat memanfaatkan pakej ini yang mempunyai tempoh sah pakej sehingga 30 Jun,” katanya ketika ditemui di KLCC, hari ini.

Advertisements
Seorang petugas MOTAC menunjukkan pakej percutian penjawat awam dan pesara kerajaan kepada pengunjung sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini. – Foto Edisi 9

Suzairy berkata, dalam tempoh kurang dua bulan, pakej percutian yang paling tinggi mencatatkan nilai jualan adalah pakej ke Sabah bernilai lebih RM 163,000, diikuti pakej ke Pahang bernilai lebih RM 134,000 dan pakej ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM 123,000.

Malah menurutnya, sepanjang empat hari AKM berlangsung, lebih 1,000 penjawat awam dan persara telah mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej dan lokasi percutian yang diingini.

“Sambutan sangat menggalakkan dan kita harap agar lebih banyak lagi pakej percutian yang akan menarik minat penjawat awam dan pesara.

Sehubungan itu menurutnya, individu yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan