31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Diskaun saman dilanjutkan sehingga 31 Disember – Acryl Sani

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TEMPOH pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pembayaran saman boleh dibuat di semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.

“Selain itu, orang ramai juga boleh membuat bayaran di portal dan aplikasi MyBayar Saman, Pejabat Pos Malaysia, dan ATM Maybank.

“Inisiatif ini secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di KLCC hari ini.

Sehingga hari ini, beliau berkata, sebanyak 2.3 juta saman trafik telah berjaya diselesaikan dengan kutipan sebanyak RM109 juta bagi tempoh empat haridi seluruh negara.

Acryl Sani berkata, ini jelas menunjukkan orang ramai sebenarnya berhasrat untuk menyelesaikan kes-kes saman lampau jika diberi peluang.

Terdahulu, capaian sistem pembayaran saman secara dalam talian, portal atau aplikasi mudah alih sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia mengalami kesesakan susulan sambutan menggalakkan dari orang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, sehubungan itu, pihaknya menyarankan orang ramai yang gagal mengakses portal atau aplikasi berkenaan supaya berbuat sedemikian di luar waktu puncak.

Menurutnya, perkhidmatan pembayaran dalam talian berkenaan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh tawaran kompaun bermula hari ini hingga 12 Disember ini.

Untuk rekod, tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Khamis lalu.

Tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Mat Kasim berkata orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple AppsStore dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan