Thursday, June 4, 2026

COVID-19: 3,490 kes baharu, terendah sejak tujuh bulan lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 3,490 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan ia adalah yang terendah direkodkan sejak 16 Mei lalu.

16 Mei lalu, sebanyak 3,780 kes direkodkan juga di bawah paras 4,000 kes sehari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,691,639 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham dalam hantaran di media sosialnya menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.97.

Tujuh negeri mencatatkan Rt lebih 1.0 iaitu dengan rekod tertinggi ialah negeri Perlis sebanyak 1.05.

Melaka merekodkan 1.03; diikuti Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing 1.02; Johor dan Pahang 1.1 serta Terengganu 1.0.

Manakala, Sarawak merekodkan nilai Rt paling rendah iaitu 0.73.-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan