25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Persembahan pertama selepas ‘bercuti’ susulan Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Angklung Adipatra terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul (SMK BBS), Kuala Lumpur teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan selepas ‘bercuti’ panjang susulan pandemik Covid-19.

Guru penasihat kumpulan berkenaan, Wan Mazni Wan Ab Hamid berkata, mereka antara empat buah sekolah yang terpilih untuk menghiburkan pengunjung yang hadir sempena Persembahan Citra Malaysia, Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Menurut Wan Mazni, peluang berkenaan membolehkan kesemua ahli menggilap kembali bakat mereka dalam bidang kesenian selepas lama tidak dapat menyertai sebarang pertandingan atau persembahan.

“Ramai sebenarnya pelajar yang berbakat dalam alat muzik tradisional dan bakat pelajar SMK BBS ini telah pun diiktiraf selepas muncul johan Festival Musik 2019 peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 dan pada tahun berkenaan meraih empat kemenangan sebelum tahun berikutannya aktiviti kesenian dihadkan susulan pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui Edisi 9, hari ini.

Advertisements

Wan Mazni berkata, program AKM berkenaan amat bagus terutamanya dalam meningkatkan kembali semangat pelajar kesenian yang sudah hampir dua tahun ketinggalan.

Malah menurutnya, peluang membuat persembahan di pentas itu juga digunakan sebaik mungkin oleh pelajar senior serta 25 pelajar lain untuk berlatih.

Mereka menyampaikan lima buah lagu antaranya Cindai, Lagi Cantik dan Pulang dab berlatih selama dua minggu iaitu selepas sesi persekolahan sehingga 6 petang.

Citra Malaysia yang dibawakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menampilkan pelbagai persembahan dari pelbagai kaum.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan