27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

FAM-KPN jayakan Futsal Liga Sukan Uniti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menjayakan Kejohanan Futsal Liga Sukan Uniti (FLSU) 2023 sempena sambutan Hari Malaysia ke-60.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, kejohanan telah bermula Sabtu lalu di di Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Johor dan Sabah.

Katanya, ia bakal diteruskan di Kedah dan Labuan pada 23 September ini; Kuala Lumpur/Putrajaya (24 September); Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak (30 September); Perlis (1 Oktober) dan Melaka (7 Oktober).

“Setiap negeri yang menjadi penganjur FLSU 2023 diberikan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk mengelolakan kejohanan ini.

“Juara bagi setiap saingan peringkat negeri seterusnya layak beraksi di kejohanan FLSU 2023 peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada November depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

FLSU 2023 merupakan sebahagian daripada program Liga Sukan Uniti anjuran KPN yang turut membabitkan tiga sukan lain iaitu badminton, bola keranjang dan bola jaring.

Bagi sukan futsal, FAM dipertanggungjawabkan untuk pengelolaan kejohanan FLSU 2023 yang mana FAM telah bekerjasama dengan ahli-ahli gabungannya bagi penganjuran di setiap negeri masing-masing.

“FLSU 2023 bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia menerusi sukan yang mana bagi setiap pasukan bertanding, mereka diwajibkan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua orang pemain berbangsa lain dalam senarai lapan pemain yang didaftarkan.

“FAM berterima kasih kepada ahli-ahli gabungannya atas kerjasama dan sokongan dalam penganjuran FLSU 2023 di peringkat negeri masing-masing demi menjayakan usaha yang diinisiatifkan oleh KPN ini,” kata Noor Azman. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan. Menteri Besar...

Lagi Artikel Berkaitan