27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Mahu ramai anak, lelaki Uganda kahwin tujuh wanita serentak

Mesti Baca

KISAH seorang lelaki warga Uganda yang berkahwin tujuh wanita secara serentak tular di laman sosial.

Difahamkan lelaki itu berbuat demikian kerana mengidamkan mahu memiliki ramai anak.

Selain mengundang reaksi negatif warga maya, ramai juga yang kagum dengan kehebatan lelaki itu apabila berjaya ‘mengurat’ sekali gus memikat hati wanita berkenaan untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, yang juga pakar perubatan tradisional, menjemput kesemua isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan di Kampung Namasengere, di daerah Kamuli, Kampala sambil diarak lebih 40 kereta dan 30 motosikal.

Nama tujuh pengantin wanita itu turut didedahkan iaitu Aisha, Fatimah, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, kesemua pengantin berkenaan berkahwin dalam tempoh satu hari dalam sebuah majlis yang diadakan pada 10 September lalu.

Habib berkata, dia mengenali semua isterinya secara berasingan dan memutuskan untuk berkahwin dengan mereka sekali gus bagi membentuk keluarga besar.

Bapa kepada Habib mendedahkan ramai lelaki di Uganda memiliki ramai isteri.

Selain Habib, datuknya juga mempunyai ramai isteri iaitu enam orang, manakala bapanya pula pernah mengahwini lima wanita. -Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan