27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KPWKM terima anugerah di UAE

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengharumkan nama negara selepas menerima penghargaan Ministerial Award di Sidang Kemuncak Wanita Global 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, baru-baru ini.

KPWKM berkata, pencapaian tersebut diraih menerusi pembentangan bertajuk Women Empowerment: At Least 30 Percent of Women in Decision Making Position dalam persidangan tersebut.

Katanya, pembentangan itu disampaikan ketua delegasi yang juga Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff pada sesi tertutup Government Women Leadership Forum.

“Pembentangan itu mendapat pengiktirafan kerana berjaya berkongsi amalan terbaik negara dalam pelbagai usaha berterusan pemerkasaan wanita sebagai pembuat keputusan di pelbagai sektor.

“Usaha-usaha ini merangkumi penggubalan undang-undang dan dasar serta penyediaan ekosistem untuk menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2023, Irene Natividad pada hari kedua persidangan yang diadakan semasa sesi Global Women’s Leadership Awards Gala Dinner.

Advertisements

Persidangan bertemakan Women: Creating a New Climate of Change itu berlangsung dari 4 hingga 6 Mei lalu di sebuah hotel terkemuka di Dubai.

KPWKM berkata, persidangan itu bertujuan meningkatkan pemerkasaan ekonomi wanita seluruh dunia, di samping mempamerkan pelbagai inisiatif penglibatan wanita dalam kepimpinan korporat, serta strategi bagi meningkatkan bilangan perusahaan milik wanita.

Katanya, persidangan kali ini berjaya mengumpulkan lebih 950 orang peserta daripada 70 buah negara.

“Antara pengisian utamanya ialah sesi forum pra-persidangan melibatkan ketua-ketua delegasi kerajaan, sesi plenari mengenai kepimpinan wanita dalam perubahan iklim ekonomi, forum perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif lelaki dan wanita serta usahawan wanita.

“Selain itu turut diadakan perbincangan strategi mengenai perniagaan, sesi pembinaan kompetensi dalam pembangunan kepimpinan dan keusahawanan serta perkongsian tips kreatif daripada usahawan-usahawan wanita yang telah menempa kejayaan dalam ekonomi global,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan