24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Cadangan SPRM bawah EAIC bertentangan semangat reformasi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

CSO Platform for Reform membantah cadangan kerajaan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah tanggungjawab Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Menurutnya, tindakan itu dilihat bertentangan dengan semangat reformasi institusi.

Jawatankuasa Pemandu CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, tindakan itu dilihat bertentangan dengan semangat reformasi institusi.

Katanya, langkah itu juga bertentangan dengan kebebasan dan ketelusan SPRM yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik.

“Kami berasa sangat bimbang kerana skop kuasa EAIC adalah tidak jelas sejak penubuhannya. 

Advertisements

Tambahan pula, kebebasan EAIC itu sendiri telah menimbulkan pelbagai perdebatan kerana pelantikan Ketua Pesuruhjayanya sendiri adalah dibuat oleh Perdana Menteri.

“Oleh yang demikian, ini telah menimbulkan pertanyaan sama ada EAIC bebas daripada sebarang pengaruh politik,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, EAIC mengkaji keperluan memasukkan SPRM sebagai agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya.

Jelas Azalina, perkara tersebut dibincangkan pada sesi perbincangan pengukuhan EAIC) 2 Mei lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan