33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PM hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan mesyuarat berkaitan yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Wisma Putra berkata, selain sidang tersebut, Anwar akan mengambil bahagian dalam perbincangan suamuka antara pemimpin-pemimpin ASEAN dengan perwakilan perhimpunan antara Parlimen ASEAN, belia ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, dan Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025.

“Sidang kemuncak ini merupakan peluang Malaysia berkongsi dan bertukar pandangan dalam pelbagai isu termasuk usaha pembinaan komuniti ASEAN Wawasan Pasca 2025, hubungan ASEAN dengan rakan kongsi luar, serta perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk pembangunan di Myanmar dan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC).

“Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak ini menunjukkan komitmennya terhadap kerjasama serantau, memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara berlatar belakangkan ketidakstabilan, keselamatan dan sosio ekonomi di rantau ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Delegasi Malaysia turut diwakili Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan, Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-15 (Sidang Kemuncak IMT-GT).

Anwa juga akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam–Indonesia– Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA) ke-15, yang dijadualkan di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN.

“Semasa di Labuan Bajo, Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan di sela-sela mesyuarat dengan beberapa rakan sejawatannya di ASEAN,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan