31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kajian gender ketiga dorong gaya hidup songsang

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NASRUDIN HASSAN

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menzahirkan kekecewaan dan bantahan keras terhadap usaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menyatakan dalam hantaran Facebook miliknya pada 14 Jun 2021 bahawa suruhanjaya tersebut sedang mencari penyelidik untuk melakukan kajian bertajuk Feasibility Of Having Legislation On The Recognition Of A Third Gender In Malaysia.

Kajian ini jelas mendorong ke arah kehidupan yang menyalahi syariat Islam dan bertentangan dengan norma budaya hidup rakyat di negara ini.

Pastinya usaha ini akan membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak aktiviti mungkar seperti lesbian, biseksual, gay dan transgender di negara ini yang membawa kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga.

kajian Nasrudin Hassan
NASRUDIN HASSAN

Cara hidup yang bertentangan dengan fitrah asal kejadian manusia ini adalah sangat bertentangan dengan pegangan semua agama yang dianuti oleh rakyat di negara ini, justeru sebarang bentuk usaha untuk mengiktirafnya hanya akan menatijahkan kepada runtuhnya kerukunan sistem sosial di Malaysia selain menambah kepada kebobrokan nilai dan akhlak.

YADIM menyeru agar SUHAKAM lebih prihatin dengan suasana semasa dan berpendapat lebih banyak isu lain yang suruhanjaya ini  boleh ketengahkan pada ketika ini untuk diperjuangkan.

Walaupun suruhanjaya ini adalah sebuah badan bebas, namun sebagai entiti yang diwujudkan dan didanai oleh kerajaan, SUHAKAM sewajarnya sensitif terhadap pendirian kerajaan Malaysia yang jelas tidak menyokong budaya hidup songsang ini sepertimana yang dizahirkan dalam kenyataan bersama-sama 57 buah negara lain dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2008 lagi.

Adalah lebih baik SUHAKAM turut sama dalam usaha membantu negara yang kini sedang bergelut menangani COVID-19 serta menyediakan pelan pemulihan pasca pandemik berbanding menjalankan kajian yang langsung tidak berfaedah kepada negara.

SUHAKAM juga perlu menyedari bahawa usaha ini mempunyai implikasi kepada perundangan Islam di negara ini yang terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 juga telah memutuskan bahawa:

“Seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.”

YADIM komited untuk terus gigih memperjuangkan dan menyampaikan dakwah serta penerangan tentang betapa pentingnya institusi keluarga menurut acuan Islam di negara ini terus dipertahankan dan menentang sebarang anasir yang cuba untuk meruntuhkannya.

  • Penulis ialah Yang Dipertua YADIM dan tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan