29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Lanjut tempoh PdPR, semua pihak lebih bersedia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Lanjutan tempoh pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekurang-kurangnya tiga bulan lagi membolehkan semua pihak yang terlibat membuat persediaan yang lebih baik serta tidak lagi tergesa-gesa seperti sebelum ini.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, apabila insiatif itu dilaksanakan lebih lama, ibu bapa boleh merancang untuk membeli peranti.

Menurut beliau, mereka juga dapat menyediakan ruang pembelajaran di rumah yang lebih kondusif untuk anak-anak belajar sekali gus meningkatkan kejayaan pelaksanaan PdPR.

PdPR
ANUAR AHMAD

“Selain itu, oleh kerana jangka masa PdPR lebih panjang, para guru boleh menumpukan perhatian mereka untuk meningkatkan kemahiran pengajaran PdPR dan sekolah juga lebih bersedia untuk menyediakan lebih banyak bahan-bahan pembelajaran secara PdPR.

“Pihak Kementerian Pendidikan, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) juga akan mempunyai ruang untuk meningkatkan infra pembelajaran menggunakan DidikTV KPM, melaksanakan latihan dan kursus kemahiran PdPR untuk guru secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, strategi Pelan Pemulihan Negara yang dilaksanakan kerajaan merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

Baca juga:   Terima kasih Abah, tahniah Paklong Mail!

Beliau menjelaskan, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Baca juga:   Doktor jual sijil vaksinasi palsu disambung reman dua hari

Anuar memberitahu, kesan terbesar pengumuman Pelan Pemulihan Negara kepada pendidikan adalah kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“Oleh kerana PdPR akan diteruskan sekurang-kurang untuk tiga bulan lagi, para pelajar secara psikologinya akan lebih bersedia.

“Pelajar akan mempunyai persiapan mental dan motivasi untuk memberikan fokuskan kepada pembelajaran secara PdPR. Fokus dan momentum pembelajaran mereka akan lebih stabil,” jelasnya.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci berhubung pelaksanaan PdPR, Anuar menjangka sesi persekolahan di bawah kategori sosial hanya akan dimulakan secara berperingkat pada fasa tiga bulan September nanti.

Berdasarkan jangkaan itu, beliau berpandangan, pelaksanaan PdPR akan diteruskan sehingga fasa dua selesai.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung Pelan Pemulihan Negara yang dilihat mempunyai struktur yang jelas tentang proses dan matlamat yang mahu dicapai dalam usaha memulihkan negara.

“Melalui Pelan Pemulihan Negara ini, rakyat akan lebih mudah melihat sejauh mana pencapaian bagi setiap fasa pemulihan,” ujarnya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Pemuda UMNO sokong ketegasan PM

PEMUDA UMNO menyokong penuh ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu berlaku lagi kelulusan perolehan tanpa...

Lagi Artikel Berkaitan