26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Yadim tubuh Skuad Duat Siber jawab isu persenda Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) akan menubuhkan Skuad Duat Siber (SDS) bagi menjawab penghinaan dan persendaan Islam dalam media sosial.

Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, pasukan skuad itu terdiri daripada ilmuan agama dan berkemahiran dalam berdakwah.

“Karakter skuad ini mestilah seorang dai’e iaitu pendakwah yang boleh menyampaikan maklumat secara berstrategi,” katanya menerusi sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, Yadim sedang memperincikan lebih lanjut mengenai penubuhan SDS sebelum memutuskannya dalam masa terdekat.

“Selepas ini Yadim akan adakan mesyuarat dan akan tentukan berapa kekuatan anggota skuad dan sebagainya,” katanya.

Pada majlis itu, Yadim menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Arief Tuan Soh turut membentangkan kad laporan prestasi yayasan itu bagi tempoh dua tahun iaitu 16 Julai 2020 hingga 15 Julai 2022.

Sebanyak 15,759 program telah dilaksanakan Yadim melibatkan hampir 6 juta peserta iaitu 547,644 penyertaan secara fizikal dan 5,347,972 peserta dalam talian.

Baca juga:   292 rekod kematian dilaporkan, Sabah tertinggi

Antara program yang dianjurkan adalah Bulan Dakwah Yadim, Ijtimak Asatizah Malaysia, Yadim Peduli: Musaadah, Sidang Kemuncak Ulama Sedunia, Forum Al-Quds Solidariti dan Wacana Antarabangsa Pendidikan Islam 2021.

Program tersebut mendapat kerjasama 2,179 rakan strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pemimpin komuniti dengan penglibatan 11,024 ejen Yadim.

Sementara itu, pada majlis sama, Nasrudin menyifatkan media sebagai lebuh raya maklumat dalam penyampaian mesej kepada masyarakat.

Baca juga:   Agensi pelancongan tipu badal haji boleh ditarik lesen

“Media sebagai sebuah keluarga dalam Yadim dan kami amat memerlukan media menyampaikan bukan sahaja berita tetapi bekerjasama dalam penganjuran program dakwah,”katanya.



Wartawan

Terkini

Ahli UMNO jangan tinggalkan parti, pesan Annuar

TAN Sri Annuar Musa menitipkan nasihat terakhir kepada semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh agar jangan meninggalkan parti susulan...

Lagi Artikel Berkaitan