29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM keluarkan stok simpanan ubat bantu klinik, hospital swasta

Klinik dan hospital swasta kini berdepan isu bekalan ubat ekoran gangguan rantaian bekalan serta lonjakan permintaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KLINIK-KLINIK Kementerian Kesihatan (KKM) diarah mengeluarkan stok ubat simpanan untuk dipinjamkan kepada klinik dan hospital swasta yang kini berhadapan masalah bekalan ubat yang meruncing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia adalah langkah awal bagi membantu fasiliti perubatan swasta yang menghadapi masalah tersebut.

“Untuk mengatasi kekurangan ubat-ubatan biasa tertentu di klinik dan hospital swasta, saya telah meminta stok simpanan ubat KKM persekutuan dikeluarkan dan dipinjamkan kepada kemudahan perubatan swasta.

“Ini adalah tambahan kepada arahan awal untuk klinik KKM meminjamkan ubat,” katanya menerusi ciapan Twitter tadi.

Katanya lagi, perintah berkurung di China selain masalah gangguan rantaian bekalan peringkat global turut menyebabkan permintaan terhadap bekalan ubat terus melonjak.

Advertisements

“Selain itu, peningkatan tidak dijangka dalam kes influenza, batuk biasa, selsema dan demam turut mengakibatkan lonjakan permintaan.

“Pengilang tempatan juga telah diminta untuk meningkatkan pengeluaran mereka,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan bekalan ubat untuk ke­gunaan melegakan sakit kepala iaitu parasetamol sema­kin sukar didapati di farmasi mahupun kedai serbaneka ketika ini.

Perkara itu berlarutan sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan banyak farmasi dan kedai yang terpaksa mencatu stok parasetamol. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan