27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Pesakit dirawat catat penurunan, 169,718 kes setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan penurunan di bawah angka 170,000 dengan 169,718 kes dilaporkan berdasarkan laman web COVIDNOW setakat semalam.

Jumlah tersebut melibatkan 140,598 kes dikuarantin di rumah, 18,957 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 9,185 di hospital.

Terdapat 413 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 565 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan (0.3 peratus).

Sementara, sebanyak 208 kes kematian COVID-19, dilaporkan dengan 88 kes sebenar bagi tempoh purata tujuh hari menjadikan jumlah kematian mencecah 26,143 kes.

Terdapat 64 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) manakala, jumlah kes BID terkini sebanyak 5,232 kes.

Kes kematian itu dilaporkan di Selangor (76), Johor (30), Pulau Pinang (30), Sabah (22), Kedah (12), Kelantan (9), Perak (8), Terengganu (7), Kuala Lumpur (4), Pahang (4), Perlis (4) dan Sarawak (2) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya. – Edisi 9

Baca juga:   Dakwaan PRU15 batal jika kes Omicron XBB meningkat palsu

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan