25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan seramai 8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19 sepanjang sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes COVID-19 membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah di Dewan Rakyat di sini.

Mengulas lanjut, katanya, jumlah itu membabitkan 4,086 murid sekolah rendah dan 4,173 pelajar sekolah menengah.

“Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa membuat perancangan teliti bagi memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanyanya seperti dilapor BH Online di sini.

Sementara itu, mengenai status peperiksaan utama negara, Radzi berkata, peperiksaan bertulis Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan dilaksanakan pada Mac tahun depan.

Advertisements

Katanya, peperiksaan Semester 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 pula, akan dilaksanakan pada 25 hingga 28 Oktober ini.

“Pengurusan pengendalian peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2021 adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 dikeluarkan oleh KPM.

“Garis panduan ini adalah rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), pentadbir serta guru di sekolah, ibu bapa dan pihak yang terbabit mengenai pengoperasian sekolah termasuk pengurusan pengendalian peperiksaan awam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, KPM sentiasa komited melakukan yang terbaik demi generasi masa depan negara.

“Walaupun berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang sangat mencabar, peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM kendalian Lembaga Peperiksaan (LP) serta peperiksaan STPM kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk tahun ini akan tetap dilaksanakan,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan