26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KJ respon Faizal, ada berita baik bakal diumumkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kurang tujuh jam Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memuat naik ciapan di Twitternya memohon Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi sokongan kelonggaran untuk sukan padang dan gimnasium beroperasi, ciapan berkenaan mendapat respon positif.

Khairy dalam ciapan di Twitternya menyatakan permintaan berkenaan adalah wajar dan turut memuju Ahmad Faizal yang dilihat sememangnya sangat prihatin dengan sektor sukan.

Menurutnya, bagi operasi gimnasium pula, KKM akan bersama-sama Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan panduan ventilasi atau pengudaraan yang perlu dipatuhi dan langkah berkenaan tidak akan memakan masa yang lama.

“Permintaan @PejaOfPerak (Ahmad Faizal) untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar. Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN COVID-19. Berita yang baik akan diumumkan.

For gyms, @KKMPutrajaya will be jointly developing some ventilation guidelines with MKN that need to be adhered to. This will not take long but because of the nature of indoor fitness centres, we must stress on certain ventilation requirements. Working on it urgently,” kongsinya di Twitternya hari ini.

Pagi tadi, Ahmad Faizal memuat naik ciapan di Twitternya dengan menyatakan KBS telah mencadangkan agar sukan padang dan gimnasium mendapat kebenaran untuk beroperasi seperti mana yang diperoleh oleh premis panggung wayang.

Menurut Ahmad Faizal, cadangan berkenaan telah diketengahkan kepada pihak berkaitan dan kuasa bagi kebenaran berkenaan terletak kepada MKN.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan khabar baik buat penggiat seni apabila mengumumkan menonton wayang di pawagam dan menyaksikan persembahan konsert hiburan antara kelonggaran diberikan kepada mereka yang sudah mendapat dos vaksin penuh mulai 9 September ini.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran SOP itu membolehkan semua penggiat industri kreatif kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, beliau berharap keputusan kerajaan melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerjanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan