28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KBS saran gim, sukan padang dapat kelonggaran seperti panggung wayang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mencadangkan agar sukan padang dan gimnasium mendapat kebenaran untuk beroperasi seperti mana yang diperoleh oleh premis panggung wayang.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan berkenaan telah diketengahkan kepada pihak berkaitan dan kuasa bagi kebenaran berkenaan terletak kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, pembukaan berkenaan mungkin boleh dibuat dengan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

“KBS telah cadangkan agar sukan padang dan gimnasium dibuka. Kuasa ada pada MKN. Harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sokong.

“Panggung wayang dibuka? Gimnasium, sukan padang? Mungkin perlu dibuka dengan SOP lebih ketat. Ramai yang hampir terhenti nafas. Tolonglah KKM Putrajaya,” kongsinya dalam satu ciapan di Twitternya hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Bekas Menteri Besar Perak itu turut mengetengahkan harapan berkenaan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Advertisements

Please Yb Khairy, there need be wisdom in our decision,” kongsinya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan khabar baik buat penggiat seni apabila mengumumkan menonton wayang di pawagam dan menyaksikan persembahan konsert hiburan antara kelonggaran diberikan kepada mereka yang sudah mendapat dos vaksin penuh mulai 9 September ini.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran SOP itu membolehkan semua penggiat industri kreatif kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, beliau berharap keputusan kerajaan melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerjanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan