24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

‘Kalau tak licin boleh dapat pingat… sikit saja lagi,’ Dek Wan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TOKYO – “Saya dah buat yang terbaik, kalau tak licin boleh dapat pingat… sikit saja lagi,” kata atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.

Memetik laporan Bernama, permukaan trek yang licin disebabkan hujan renyai-renyai membasahi Stadium Olimpik sejak awal pagi tadi menyekat impian Mohamad Ridzuan untuk mempertahankan emas dimenangi di Rio 2016.

Bertanding dalam acara 100 meter (m) lelaki T36 (kecacatan fizikal), Mohamad Ridzuan yang memulakan larian dengan baik pada 50m pertama, bagaimanapun keadaan trek licin menyebabkan beliau hampir terjatuh pada 10m terakhir perlumbaan.

Advertisements

Beliau yang mesra dengan panggilan Dek Wan hanya mampu mengakhiri saingan di tempat keempat dalam acara tersebut.

Pelari berusia 33 tahun itu menamatkan saingan dengan catatan 12.15 saat dan jauh daripada rekod peribadi terbaiknya, 11.87s sekali gus terpaksa melepaskan pingat emas yang diraih sewaktu melakar sejarah di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Pingat emas menjadi milik pelari China, Peicheng Deng yang menamatkan saingan dengan catatan 11.85 sekali gus mencatat rekod baharu temasya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan