32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Cedera tak halang Latif sumbang emas ketiga negara

Mesti Baca

BIARPUN mengalami kecederaan, atlet para negara, Abdul Latif Romly tetap berjaya meriah emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 dengan jarak 7.45 meter dalam temasya Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Jarak tersebut diciptanya dalam lompatan ketiga sebelum dia mengalami kecederaan pada pangkal peha ketika membuat lompatan kelima, gagal diatasi oleh para peserta lain.

Abdul Latif juga mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dalam acara sama di Rio 2016 lalu.

Pingat perak dalam acara ini dimenangi peserta Greece, Anthanasios Prodromou dengan jarak 7.17 meter manakala ganga oleh Nicholas Hum dari Australia dengan lompatan 7.12 meter.

Ini merupakan pingat emas ketiga bagi kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo 2020 setelah Cheah Liek Hou mencipta kejutan menghadiahkan emas melalui acara badminton hari ini.

Satu lagi emas disumbang atlet powerlifting lelaki 72kg negara, Bonnie Bunyau Anak Gusti bulan lalu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan