29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

18 penjawat awam antara 62 individu ditahan berhibur awal pagi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – 18 penjawat awam antara 62 individu yang ditahan polis ketika leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, kesemua yang ditahan berusia 17 tahun hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan Operasi Hiburan (Op Hiburan) kira-kira pukul 1.40 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam pusat hiburan tersebut mendapati premis itu dalam keadaan gelap serta lampu berkelip-kelip selain kedengaran muzik dimainkan dengan kuat.

“Ada antara pelanggan pusat hiburan itu didapati sedang leka minum minuman keras. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 62 individu berada di dalam premis itu melibatkan lapan individu termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai pengurus serta pelayan selain 28 pelanggan lelaki dan 26 pelanggan wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 18 penjawat awam dikenal pasti berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang lelaki positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan 62 kompaun dalam operasi berkenaan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1955, Peraturan 16 Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976,” katanya. -EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan