Wednesday, July 22, 2026

Tahniah, atlet para terus menyumbang pingat – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan jaguh badminton para, Cheah Liek Hou memenangi pingat emas untuk negara.

Dalam hantaran beliau di Twitter berkata, syabas Cheah Liek Hou atas prestasi yang sungguh menakjubkan.

Pingat emas buat Malaysia. Atlet paralimpik terus menyumbangkan pingat kepada negara.

“Semangat dan kecekalan seperti inilah yang menjadi sumber inspirasi seluruh warga Keluarga Malaysia!,” katanya.

Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas kedua buat negara di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu juga mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara dalam sukan dalam temasya berprestij itu.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingan di Sukan Paralimpik.

Liek Hou yang beraksi bagi kategori SU5 cemerlang apabila menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Dia menjadi penyumbang emas kedua kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.

Dengan kejayaan itu, Liek Hou yang dibimbing Datuk Rashid Sidek akan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan