32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Latif Romly, Mun Yee atlet terbaharu bergelar Datuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA atlet yang berjaya mengharumkan nama negara masing-masing jaguh para negara, Abdul Latif Romly dan Ratu Terjun Negara, Leong Mun Yee kini bergelar Datuk sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini.

Abdul Latif, pemenang pingat emas Paralimpik dalam acara lompat jauh (T20) dan bekas juara dunia, Mun Yee menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Facebooknya menyampaikan ucapan tahniah kepada kedua-dua atlet negara itu.

“Tahniah!!! Datuk. Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran ‘Datuk’,” kongsi MSN.

Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016.

Sementara itu, Mun Yee meraih pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa serta mengharumkan nama negara dengan menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam penyertaan di Sukan SEA.

“Awesome!!! Datuk @AngelaLeong. Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong terima pingat P.M.W yang membawa gelaran Datuk,” kata MSN.

Malah, beliau juga berjaya memenangi satu perak dan dua gangsa di pentas Sukan Komanwel manakala meraih dua perak dan lima gangsa sepanjang penyertaan di Sukan Asia.

Mun Yee yang berasal dari Ipoh, Perak turut memenangi satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Terjun Dunia FINA dan satu perak di Piala Dunia FINA selain membuat lima kali penampilan di pentas Sukan Olimpik bermula di Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012 dan Tokyo 2020.

-EDISI9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan