24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

‘Tentera bawang’: CDM Malaysia mohon maaf kepada Ukraine

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia mengemukakan permohonan maaf kepada Ukraine atas kecaman ‘tentera bawang’ terhadap atlet negara itu, Maksym Koval berhubung insiden dalam acara lontar peluru F20 dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Permohonan maaf itu disampaikan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin di Tokyo hari ini.

Memetik laporan Bernama, Megat D Shahriman berkata, beliau mengemukakan permohonan maaf itu mewakili seluruh rakyat Malaysia ketika pertemuan dengan CDM Ukraine Olena Zaitseva, yang juga Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Ukraine.

Dalam pertemuan itu, beliau menjelaskan kepada Zaitseva bahawa reaksi negatif daripada segelintir individu berpunca akibat kekecewaan terhadap keputusan yang tidak menyebelahi Muhammad Ziyad Zolkefli, lebih-lebih lagi insiden itu berlaku ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos lepas.

“Saya mengakui bahawa saya turut terkilan apabila mendapat keputusan penyertaan Ziyad dibatalkan kerana kesilapan teknikal. Saya percaya insiden ini telah memberi pengajaran bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada seluruh penggiat sukan bahawasanya masa itu adalah emas, dan masa juga boleh menyebabkan kita kehilangan pingat emas yang sangat berharga.

Baca juga:   Agong berkenan bertemu Presiden baharu UAE

“Dalam pertemuan singkat itu, saya yang ditemani Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) (Datuk R. Subramaniam) telah berhubung dengan CDM Ukraine bagi meleraikan kekusutan termasuk berjanji untuk mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Ukraine.

Baca juga:   Baki rakyat Malaysia di Ukraine selamat tiba di Poland

“Zaitseva turut memberi jaminan bahawa akan menyampaikan mesej permohonan maaf daripada kita buat seluruh rakyat Ukraine. Beliau mengakui kerajaan Ukraine turut kesal dengan insiden yang terjadi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut berharap semua pihak dapat mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan hubungan baik secara profesional, dan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran supaya tidak berulang di masa depan.

Bantahan daripada kem Ukraine kerana lewat memasuki bilik menunggu (call room) menyebabkan Muhammad Ziyad tidak dapat mempertahankan emas acara itu, walaupun berjaya melakukan lontaran rekod dunia dengan catatan 17.94m.

Keputusannya yang diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan, menyebabkan rekod tersebut juga tidak diiktiraf.

Koval yang menduduki tempat kedua diumumkan sebagai pemenang pingat emas manakala Oleksandr Yarovyi juga dari Ukraine perak manakala gangsa milk Efstratios Nikolaidis dari Greece.

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan