29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, December 11, 2023

Lagi Myvi lawan arus, polis kesan pemandu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Putrajaya yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat anggota Kaunter Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 1.16 tengah hari berkaitan satu rakaman video memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, mendapati rakaman video berdurasi 19 saat yang tular itu berlaku sekitar pukul 11 pagi di Lebuhraya MEX.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati pemandu terbabit melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.

“Semakan di Plaza Tol Putrajaya dan R&R Seri Kembangan akan dibuat dalam masa terdekat.Siasatan lanjut masih dijalankan dan sedang mengesan pemandu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Perlunya kerangka pengurusan risiko untuk IPT

Oleh DR AZLEEN ILIAS PENGURUSAN risiko dan kawalan dalaman penting adalah di dalam sektor swasta kerana sektor ini diperlukan untuk...

Lagi Artikel Berkaitan