26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

17 penempatan di Pahang dapat manfaat Pelan JENDELA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perkhidmatan internet di 17 buah penempatan di Paya Besar, Pahang terus dipertingkatkan di bawah manfaat Pelan JENDELA.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya hari ini berkata, penduduk akan mendapat perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik melalui rangkaian 4G setelah siapnya sebuah menara baharu dan 19 stesen pemancar yang telah dinaik taraf sehingga 31 Ogos lalu.

Menurutnya, antara kampung yang mendapat manfaat berkenaan ialah Felda Bukit Sagu 1; Bukit Gambang Resort City; Felda Lepar Hilir 1, 2 dan 3, Felda Panching Timur; Felda Bukit Sagu 4; Kolej Matrikulasi Pahang; Sungai Semuji; Lebuhraya Pantai Timur (LPT1); Sri Jaya Interchange; kawasan Rehat Dan Rawat Gambang; Kampung Gelugor; Kampung Kolek; Kampung Batu 37; Kampung Paya Bungor Kiri dan Kampung Semuji.

“Secara keseluruhannya di bawah Pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina dan 67 stesen pemancar sedia ada yang akan dinaik taraf ke rangkaian 4G.

“Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 4,545 premis akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik,” katanya.

Advertisements

MCMC berkata, tinjauan telah dijalankan 2 September lalu bagi memantau perkembangan projek JENDELA.

Menurutnya, kerja-kerja perlaksanaan projek JENDELA dijangka siap secara berperingkat bermula penghujung Disember ini sehingga penghujung Mac tahun hadapan.

“Dalam pada itu, orang ramai digesa memanfaatkan JENDELA Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal mereka selain mengajukan maklum balas atau aduan kepada penyelia perkhidmatan bagi menambah baik kualiti serta liputan perkhidmatan jalur lebar.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang di pautan https://jendela.my

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan