25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

200,000 kg sisa elektrik, elektronik ditemui di premis haram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 200,000 kilogram (kg) sisa buangan elektrik dan elektronik ditemui dalam serbuan bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sebuah premis haram di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Klang, semalam.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata serbuan itu hasil risikan sejak Ahad lalu dan merupakan kejayaan terbesar JAS Selangor tahun ini dalam mematahkan aktiviti pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram.

Menurutnya, menerusi serbuan itu, dianggarkan 200 beg jumbo mengandungi pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik seperti papan litar bercetak dan kabel wayar kuprum yang dikategorikan sebagai SW 110 dan SW 422 mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ditemui di dalam dan luar premis.

Kakitangan JAS mengambil tindakan menahan operasi kelengkapan proses susulan serbuan yang dilakukan di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Klang, semalam. Kredit: JAS

“Ketika serbuan, beberapa pekerja bukan warganegara sedang meleraikan komponen elektronik secara manual dan sebuah mesin penghancur turut ditemui.

“Tindakan serta merta iaitu menahan operasi kelengkapan proses bagi menghentikan pencemaran diambil mengikut peruntukan Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Nor Aziah berkata, siasatan awal pihaknya turut mengesyaki sisa buangan itu diimport dari luar negara tanpa sebarang kelulusan.

Menurutnya, JAS adalah ‘Focal Point’ dan Pihak Berkuasa Konvensyen Basel di negara ini dan sebarang pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual ke dalam atau ke luar negara perlu mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

“Dalam kes ini kertas siasatan sudah dibuka untuk tindakan pendakwaan mengikut Seksyen 34B, Seksyen 19 dan Seksyen 18(1) Akta yang sama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan