23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

EAIC dedah salah laku JAS lepaskan kontena berisi ‘e-waste’

Mesti Baca

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendakwa berlaku salah laku pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana memberi pelepasan kepada kontena-kontena yang dipercayai mengandungi e-waste (sampah elektronik) di Westport, Pelabuhan Klang pada Mei lalu.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, ia susulan laporan yang diterima pihaknya yang kemudian menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung laporan tersebut.

Menurut EAIC, hasil siasatan menadapati terdapat cubaan dari pegawai JAS untuk melepaskan kontena tersebut tanpa punca kuasa yang jelas dan justifikasi yang wajar.

Malahan, katanya, daripada siasatan juga mendapati beberapa ketidakaturan antaranya kebocoran maklumat berkaitan pertukaran para pengarah atau pegawai baharu yang akan melepaskan kontena berkenaan.

“Pihak atasan JAS gagal mengambil tindakan berhubung isu kebocoran maklumat ini dan terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan oleh JAS berkaitan dengan kontena-kontena tersebut yang juga berpunca daripada kelemahan penyeliaan.

Advertisements

“(Berlaku) kelewatan yang amat sangat mengenai pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran alam sekitar tidak dapat dibendung dan dilindungi dengan segera,”kata kenyataan itu hari ini.

Susulan itu EAIC mengesyorkan agar tindakan tatatertib diambil serta mengenakan hukuman yang sewajarnya terhadap pegawai-pegawai JAS yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Kumpulan Pengurusan Tertinggi melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Selain EAIC juga akan mengemukakan cadangan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) JAS dan Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP) JAS kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam untuk tindakan selanjutnya.

“Memanjangkan dapatan siasatan dan pengesyoran bersama-sama dengan laporan EAIC kepada Ketua Setiausaha Negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan