25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jerebu: Hanya satu kawasan catat IPU tidak sihat 10 pagi ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA satu kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, iaitu dengan bacaan 154.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Klang di Selangor masih kekal mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu pada paras 154.

Pada masa sama, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Advertisements

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan