27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis jalankan siasatan susulan laporan Najib terhadap LHDN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan bahawa satu siasatan sedang dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarahnya, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Menurutnya, semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Advertisements

“Pihak PDRM akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu 8 September lalu media melaporkan Najib membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat pegawai LHDN menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan