Saturday, June 13, 2026

KPKT rangka garis panduan operasi perniagaan premis makanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Satu garis panduan operasi perniagaan premis makanan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang dirangka bagi wujudkan satu keseragaman dalam operasi premis makanan di seluruh negara, ke arah menuju fasa endemik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, garis panduan itu akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penilaian sebelum diumumkan dan kemudian dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan PBT.

“Perlu ada keseragaman dalam operasi perniagaan di seluruh negara untuk memudahkan rakyat dan peniaga yang mungkin memiliki cawangan di beberapa negeri.

“Dalam sama sama, saya bersetuju dengan saranan Datuk Seri Najib Razak berkenaan menyediakan tempat makan di luar premis, malah ia antara pelan pelaksanaan yang sedang disediakan dan diteliti oleh pihak kementerian ke arah fasa endemik di negara ini.

“Pastinya setiap saranan yang baik sentiasa diambil perhatian,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak pernah menyuarakan pendapat perlu ada kelonggaran diberikan kepada pemilik restoran untuk menyediakan tempat makan di luar premis kerana ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Reezal berkata, KPKT juga akan berbincang serta mendapatkan panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai sistem pengudaraan dalam premis terutama restoran berhawa dingin dan tidak memiliki ruang luar.

“Saya berharap kita semua sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana kerjasama semua akan dapat membawa kejayaan dalam memerangi pandemik ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan