27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jumlah pesakit aktif di ICU dan diwadkan menurun, 334 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pesakit aktif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit aktif yang diwadkan menunjukkan penurunan berdasarkan kepada data dari laman web COVIDNOW setakat lewat malam tadi.

Berdasarkan paparan data tersebut, sejumlah 1,116 pesakit aktif COVID-19 dirawat ICU menurun berbanding sebelumnya iaitu seramai (1,154 pesakit).

Ia membabitkan kadar pengunaan keseluruhan sebanyak 75.1 peratus (74.6 peratus kadar penggunaan COVID-19).

Penurunan turut dapat dilihat pada kategori pesakit COVID-19 aktif diwadkan iaitu seramai 10,599 pesakit telah dilaporkan, membabitkan sebanyak 63.5 peratus kadar penggunaan bagi pesakit atau (68.3 peratus keseluruhan), menurun berbanding semalam dengan 11,315 pesakit.

Sementara, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif adalah seramai 635 orang, meningkat sedikit berbanding semalam (633 orang)  dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 51.5 peratus.

Advertisements

Sehingga semalam, terdapat pertambahan kes kematian iaitu sebanyak 334 kes direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 24,078 kes kematian COVID-19 sehingga kini.

Sementara kematian sebenar dalam tempoh purata selama tujuh hari adalah sebanyak 101 kes.

Sebanyak 84 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,564 kes.

Terdapat 206,473 kes aktif melibatkan 172,868 kes dikuarantin di rumah (83.7 peratus), 21,890 kes (10.6 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 10,599 kes di hospital (5.1 peratus), 481 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 635 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 15,732 kes positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,123,165 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan