32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Tiada istilah menyesal dalam kamus hidup saya – Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – “Soal menyesal tidak pernah berbangkit dalam kamus hidup saya kerana apa yang utama adalah untuk rakyat.”

Demikian ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakannya melepaskan jawatan Perdana Menteri bulan lalu.

Ketika diwawancara dalam segmen Agenda Awani malam tadi, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, tindakan beliau itu merupakan satu prinsip mendukung Perlembagaan negara.

“Waktu itu saya lihat saya tidak lagi mendapat majoriti selepas 15 Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saya, maka saya tidak boleh bertahan lama.

“Saya perlu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia Islam untuk meninggalkan jawatan itu. Ini hanya soal duniawi, kita tak boleh bawa ke akhirat,” katanya dalam wawancara tersebut.

Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu selepas 17 bulan mengetuai pentadbiran negara di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata, beliau menerimanya sebagai qada dan qadar namun ia tidak melemahkan sama sekali semangat beliau untuk terus melaksanakan apa yang difikirkan wajar dan betul di sisi Allah.

Baca juga:   PRN Sabah: Pas tak tanding tapi akan bantu kempen

“Soal menyesal, tidak pernah berbangkit dalam kamus hidup saya kerana apa yang utama adalah amanah yang saya pikul untuk melaksanakan tugas sebaik-baiknya dan perkara yang saya utamakan ialah rakyat,” kata beliau.

Atas sebab itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau tidak pernah mengambil kisah soal politik sepanjang menjadi Perdana Menteri kerana apa yang utama adalah memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Baca juga:   Rina santuni kumpulan sasar melalui Kembara Prihatin Negara

“Saya sudah 45 tahun dalam kancah politik, saya tahu politik, bukan saya tidak tahu nak berbahas, nak hentam lawan. Tetapi saya tahu rakyat susah, saya akan dimarah kalau saya buat begitu (berpolitik) kerana kes (pandemik) tidak selesai tetapi kita bergaduh sesama sendiri, nak berebut kuasa.

“Kerana itu tugas saya sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan walaupun tidak lagi, adalah untuk membantu rakyat. Itu bagi saya paling penting, paling utama,” kata beliau.

Muhyiddin turut memuji langkah kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru-baru ini memeterai kerjasama dwipartisan menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) atas dasar untuk membawa kestabilan kepada negara.

“Bagi saya kalau itu dapat kita lakukan tidak kira, asalkan tidak ada gangguan politik yang berpanjangan. (Seperti) baru-baru ini yang saya lihat MoU Kerajaan dan Pakatan Harapan dapat meredakan (keadaan) dan memberikan lebih masa untuk menumpukan kerja induk.

Baca juga:   Najib 'ajar' kerajaan kaedah pengeluaran akaun 1 KWSP bantu rakyat

It is about recovery, itu penting bagi kita. Jadi itu kalau dapat kita kurangkan, kita dapat membantu rakyat,” tambah beliau. – Edisi 9

Terkini

Tiga lelaki ditahan memandu bawah pengaruh alkohol

TIGA lelaki ditahan polis memandu dibawah pengaruh alkohol semasa melalui Sekatan Jalan Raya Trafik (Op Mabuk) di Jalan Bunga...

Lagi Artikel Berkaitan