25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes baharu bawah 15,000, Selangor kembali tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara merekodkan angka di bawah 15,000 dengan 14,990 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,142,924 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali merekodkan angka tertinggi dengan sebanyak 2,414 kes.

“Diikuti oleh Sarawak sebanyak 1,712 kes dan Johor sebanyak 1,880 kes.

“Seterusnya, Kelantan (1,573 kes), Perak (1,490 kes), Pulau Pinang (1,224 kes), Sabah (1,199 kes), Kedah (1,007 kes), Terengganu (852 kes), Pahang (688 kes), Kuala Lumpur (338 kes), Melaka (313 kes) dan Negeri Sembilan (170 kes).

“Perlis (97 kes), Putrajaya (30 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu pada Facebook di sini hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, negara merekodkan kes sembuh sebanyak 19,702 kes hari ini, sekali gus melepasi jangkitan harian COVID -19.

“Angka tersebut menjadikan jumlah kes pulih daripada COVID -19 sebanyak 1,917,088 kes.

“Daripada 14,990 kes positif yang dilaporkan hari ini, 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 14,652 kes (97.7 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 1,115 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 618 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat 26 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, tiga kluster pendidikan lain serta masing-masing satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan, kluster pendidikan tinggi dan kluster kumpulan berisiko tinggi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan