31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Paralimpik Tokyo: Muhyiddin ucap tahniah kepada Bonnie

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas sulung kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Muhyiddin berkata, seluruh peminat sukan tanah air pastinya sedang meraikan kejayaan Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang disumbangkan jaguh angkat berkenaan sebentar tadi.

“Syabas Bonnie Bunyau Gustin!”

Muhyiddin yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu itu berkongsikan kegembiraan berkenaan dalam satu muat naik status di Facebook hari ini.

Menurutnya, keupayaan melakukan angkatan menakjubkan sehingga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di arena membuktikan atlet powerlifting berkenaan sememangnya layak dipertaruhkan sebagai antara prospek utama memenangi pingat emas pada edisi kali ini.

“Aksi mengagumkan sehingga memecahkan rekod Paralimpik pastinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara.

Baca juga:   Zii Jia cipta sejarah rangkul kejuaraan All England

“Tahniah buat Bonnie, barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia. Demi Malaysia!Demi Malaysia! Demi Malaysia!

Bonnie, 22, yang membuat penampilan sulung di pentas Paralimpik di Tokyo melakukan angkatan terbaik 228 kilogram (kg) dalam kelas 72kg lelaki dan angkatannya itu turut memecahkan rekod temasya.

Sebelum ini, rekod temasya disandang atlet Iraq, Rasool Mohsin dengan angkatan 227kg di Paralimpik Rio 2016.

Pada awal pertandingan, Bonnie yang turun selaku pemegang rekod dunia, mudah mendahului pesaing yang lain pada percubaan pertama dengan melakukan 217kg sebelum melakukan 225kg di percubaan kedua dan 228kg di percubaan ketiga.

Baca juga:   Kemenangan Ziyad dibatal, Malaysia buat bantahan balas

Begitupun usaha untuk memecahkan rekod dunia 230kg disandangnya tidak berjaya pada percubaan keempat dengan angkatan 231kg.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan