23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Beliau berkata, kejayaan Bonnie memenangi pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia membanggakan negara.

“Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas,” katanya.

Atlet kebanggaan negara itu memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan 220 kilogram (kg) dalam kategori lightweight bawah 72 kg di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan