26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tun M tubuh GTA, lebih banyak parti akan lawan BN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENUBUHAN Gabungan Tanah Air (GTA) dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyaksikan lebih banyak gabungan parti akan menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gabungan politik terbaharu itu bertunjangkan kepada tiga parti utama iaitu Pejuang, Putra dan Berjasa.

“Dalam ucapan Tun Mahathir tujuan penubuhan parti gabungan GTA ini adalah untuk mengalahkan Umno.

“Dengan penubuhan GTA, bermakna sudah ada beberapa gabungan parti yang akan bertanding dalam PRU15 akan datang untuk melawan BN iaitu PN, PH dan Warisan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Justeru Asyraf Wajdi berkata, Pemuda Umno berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) segera meluluskan permohonan Dr Mahathir untuk mendaftarkan GTA sebagai gabungan politik baharu.

Katanya, ia bagi meraikan semangat demokrasi seterusnya bertanding dalam PRU15.

“Moga ROS dapat segera meluluskan permohonan Tun Mahathir untuk mendaftarkan Parti GTA ini atas prinsip meraikan semangat demokrasi dalam negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan