27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Exco Pemuda puji langkah Nazri, beri peluang muka baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memuji keputusan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan persaraan dalam politik beliau.

Pada masa sama beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai mengucapkan terima kasih dan kini tiba masanya kepimpinan Tertinggi UMNO untuk memberikan ruang kepada muka-muka baru dan juga calon muda agar dapat diketengahkan semasa Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Katanya yang dikenali Qobin, muka-muka baru bagi beliau bukan hanya berusia muda sahaja sebaliknya, perlu ada juga usia antara 55 hingga 65 tahun.

“Mereka yang ada kewibawaan perlu ada dalam kepimpinan akan datang selama satu penggal bagi memimpin calon-calon muda dalam kalangan pemuda, puteri, wanita dan ahli UMNO untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti ini,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Baca juga:   Qobin, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit terima gelaran Datuk

Menurutnya, PRU-15 adalah ibu kepada segala kestabilan politik negara.

“Rakyat juga perlu sepakat memilih satu sahaja parti dan komponen yang benar-benar boleh membawa suara dan membantu rakyat dan seterusnya mampu mengembalikan ekonomi negara pada landasan yang baik.

“Ini semua tidak lain adalah bagi menjamin kesihatan rakyat agar segala usaha yang dilakukan dalam menangani pandemik COVID-19 berjaya.

“Kita tidak mahu ada lagi ahli-ahli Parlimen yang tidak bermaruah dan melompat parti sehingga merosakkan kestabilan politik yang boleh menjahanamkan negara dan rakyat,”katanya.

Baca juga:   Tidak perlu terburu-buru beri 'kelonggaran' - TKP Kesihatan

Sungguhpun begitu, Qobin tidak mempunyai hasrat untuk bertanding pada PRU-15 nanti, sebaliknya akan terus membantu Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani untuk bertanding terlebih dahulu.

“Sekiranya beliau sendiri tidak mahu, saya serahkan kepada UMNO Bahagian dan UMNO Pusat untuk memilih siapa yang lebih sesuai bertanding di sini.

“Yang penting, bukan calon lompat. Kita mahu anak tempatan yang tahu selok belok kawasan, dikenali dan mudah didekati orang kampung dan juga boleh pantas berkhidmat untuk rakyat.

“UMNO Bahagian juga perlu sepakat dan tiada sabotaj sesama kita,”katanya.

Beberapa nama calon-calon yang boleh diketengahkan antaranya Timbalan Ketua Bahagian, Tengku Datuk Zuhri Abdul Aziz dan juga Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, Dr. Masliha Harun.-Edisi 9

Baca juga:   Tular feri terbakar di perairan Langkawi kejadian tahun 2019

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan