32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Nazri Aziz dilantik Duta Besar Malaysia ke AS

Pemilihan Nazri, yang juga graduan Lincoln's Inn di United Kingdom kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara sebelum ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Kementerian Luar hari ini.

Pemilihan Nazri, yang juga graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara sebelum ini.

Kementerian itu berkata, beliau berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 2013 hingga 2018.

“Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,” kata Wisma Putra dalam kenyataan.

Turut dilantik adalah Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussein sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia; Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony (Duta Besar Malaysia ke Filipina); Hendy Assan (Duta Besar Malaysia ke Holy See) dan Hafizah Abdullah (Duta Besar Malaysia ke Sweden).

Baca juga:   Kerajaan laksana misi bawa pulang rakyat Malaysia di India

Lain-lain, Gloria Corina Peter Tiwet (Duta Besar Malaysia ke Brazil); Ruzaimi Mohamad (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Kenya); Suzilah Mohd Sidek (Duta Besar Malaysia ke Republik Czech); Amarjit Singh Sarjit Singh ( Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste) dan Alauddin Md Nor (Duta Malaysia ke Kuwait).

Kesemua pelantikan ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik 10 orang Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia.

Baca juga:   4 kes virus XBB dikesan di Malaysia

Wartawan

Terkini

Tun M dakwa orang Melayu miskin selepas tidak lagi jadi PM

Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi lebih miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.  Menurut Dr.Mahathir, beliau...

Lagi Artikel Berkaitan