26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Arab Saudi kekal sahabat karib Malaysia – Zambry

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi kekal sebagai sahabat karib Malaysia dan Kerajaan Perpaduan beriltizam untuk terus menerokai setiap peluang yang ada untuk membawa hubungan istimewa ini ke tahap yang lebih tinggi.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkongsikan perkara berkenaan sempena lawatan rasmi beliau ke negara berkenaan di Facebook.

Menurut beliau,  salah satu tujuan utama lawatan sulung beliau ke Arab Saudi adalah untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan.

“Alhamdulillah pertemuan ini telah berlangsung dengan penuh harmoni dan mesra. Saya dan Yang Mulia senada dalam usaha kami untuk terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara bersaudara ini.

“Antara intipati perbincangan kami adalah kedua-dua negara bersetuju untuk memuktamadkan rundingan dengan segera bagi menginstitusikan Majlis Koordinasi Malaysia-Arab Saudi (SMCC) yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala di masa hadapan,” katanya hari ini.

Selain itu, ujar beliau, kedua-dua negara bersetuju mempertingkatkan lagi jumlah dagangan dua hala.

“Jumlah ini telah pun menunjukkan peningkatan drastik akhir-akhir ini dan kami berdua sepakat untuk melipatgandakan lagi usaha ke arah ini,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, sebagai koordinator untuk hubungan ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu merealisasikan Sidang Kemuncak yang akan dihoskan oleh Arab Saudi bagi mengukuhkan lagi hubungan dua pertubuhan serantau ini.

Malah menurut beliau, kedua-dua setuju untuk mempertingkatkan lagi pertukaran lawatan di antara Malaysia dan Arab Saudi pasca pandemik bagi mengukuhkan kerjasama dua hala daripada pelbagai aspek.

“Saya juga telah menyampaikan penghargaan kepada pihak Arab Saudi di atas bantuan yang disampaikan kepada kita sewaktu Covid-19 melanda dunia.

Malah penghargaan juga dizahirkan atas keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia untuk urusan haji dan umrah.

Zambry dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi, bermula hari ini hingga 23 Februari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan