32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

KEMAS perlu diperkasa seiring perubahan masa, teknologi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dapat diperkasakan seiring dengan perubahan masa dan kemajuan teknologi yang terkini agar ianya menjadi relevan dan menepati kehendak kumpulan sasar.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setakat ini, pelbagai program telah dan akan perkenalkan KEMAS seperti program STREAM (Science, Technology, Religion, Engineering, Arts & Mathematic) di TABIKA KEMAS bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak (PAK) dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran.

“Disusuli Program Jelajah Modul e-STREAM
yang dimulakan pada tahun 2023 dengan penglibatan 2500 Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS seluruh Malaysia.

“Malah menjelang akhir sesi persekolahan 2023/2024 sebanyak 208,00 kanak-kanak akan
mendapat manfaat dari program jelajah ini.

“Justeru itu, komitmen, kesepakatan dan kerjasama erat melalui pelbagai strategi yang lebih memberi impak serta disokong oleh dasar strategik adalah amat penting ke arah mencapai matlamat yang ingin disampaikan oleh KEMAS.

“Malah saya lihat, Penghasilan Pelan Strategik KEMAS 2022 – 2026, merupakan penetapan beberapa lonjakan dan strategi serta sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilihat sebagai usaha yang murni dan seiring dengan matlamat serta hala tuju negara,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW hari ini.

Baca juga:   Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas kembali beroperasi

Sungguhpun begitu, Ahmad Zahid berkata, Pelan Strategik ini jangan hanya cantik di buku Pelan yang dicetak di atas ‘kertas glossy’ semata-mata.

Baca juga:   Jangan percaya kaji selidik propaganda musuh BN - Zahid

“Saya menyeru agar pihak pihak KEMAS dan lain-lain Jabatan serta agensi untuk memanfaatkan teknologi komunikasi dan digital agar Pelan seperti ini boleh diakses secara interaktif oleh semua golongan
pengguna seperti petugas dan kumpulan sasaran yakni rakyat.

“Tempoh hari di dalam Perhimpunan bulan Januari saya ada sebut mengenai dashboard data bagi memudahkan pihak Kementerian
untuk membuat keputusan.

“Ambil peluang dari capaian internet yang meluas serta penggunaan telefon pintar (smartphone) yang meluas termasuklah mereka di luar bandar sebagai kaedah untuk mengutip data secara terus dan langsung (LIVE) dari rakyat di luar bandar.

“Data-data ini kemudiaanya diproses dan dianalisis secara kritikal oleh Kementerian dan agensi di dalam proses membuat keputusan
(decision making process) malah boleh dikongsi dengan Kementerian-Kementerian lain demi merangka dasar-dasar negara
yang lebih terkini dan dekat dengan denyut nadi rakyat, “katanya.

Pada masa yang sama, ujar beliau, janganlah kita tinggalkan interaksi sesama insan yang telah lama KKDW laksanakan dibawah.

“Kita harus aduni dengan bijaksana perkembangan teknologi dan digital ini dengan ‘personal touch’ petugas-petugas terus kepada rakyat.

“Disebalik keghairahan dan keinginan kita untuk bergerak maju di dalam menguasai medan digital, percayalah senyuman ikhlas dan budi bahasa yang baik akan memberikan kita bukan sahaja kerjasama dari kumpulan sasaran tetapi kepuasan peribadi melihat mereka dapat dibantu beroleh kesejahteraan hidup.

Baca juga:   Poster ucapan Ahmad Zahid jadi TPM palsu
Baca juga:   Puteri BN cetuskan inspirasi terhebat, ramai wanita sertai parti

“Ingatlah relevansi KKDW ini adalah pada rakyat jelata yang masih hidup di desa dan luar bandar.

“Mereka mendambakan kualiti kehidupan yang baik, taraf ekonomi yang selesa dan keadilan di dalam pembangunan negara,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan