31.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Pegawai tinggi KBS kena bersenam setiap Rabu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerapkan budaya baharu dengan menggalakkan para pegawai tinggi kementerian agar bersenam setiap Rabu, mengikuti program Institut Sukan Negara (ISN).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pimpinan kementerian itu digalakkan untuk mengikuti sesi bersenam selepas mesyuarat pascakabinet selama 22 minggu.

“Budaya baharu yang mahu diterapkan dalam pembuat dasar di Putrajaya supaya kami memahami nilai kesukanan, semangat team work (kerjasama) dan konsistensi.

“Pasukan yang kerja bersama, bermain bersama,” katanya hari ini.

Usaha Ahli Parlimen Segambut itu mendapat pujian warganet yang rata-rata memuji tindakan yang dilakukan.

Sudhir Damodharan berkata, langkah yang diambil Hannah patut dicontohi oleh semua kementerian dan diterap ke sekolah-sekolah.

“Ini supaya sentiasa cergas dari segi mental dan fizikal. Tahniah YB Hannah Yeoh kerana membawa perubahan yang sangat ketara dan berfikiran jauh lagi berbeza,” katanya.

Baca juga:   Lesen jurulatih bola tampar tempeleng pelatih dibatalkan

Ina Syed Adam turut memuji langkah yang diambil oleh KBS kerana kaedah ini membantu membina stamina dan kecergasan ketika bekerja.

“Baharulah bersemangat semuanya. Membina stamina, tiadalah letih lesu bila bekerja. Keep it up!!,” ujarnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Netanyahu pecat Menteri Pertahanan

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant selepas beliau menggesa kerajaan menghentikan reformasi kehakiman yang mencetuskan...

Lagi Artikel Berkaitan